Popular Untuk Hari Ini

Saturday, July 23, 2011

Sekadar peringatan bersama

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) : 

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? 
Murid 1 = " Orang tua " 
Murid 2 = " Guru " 
Murid 3 = " Teman " 
Murid 4 = " Kaum kerabat " 
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). 

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?" 
Murid 1 = " Negeri Cina " 
Murid 2 = " Bulan " 
Murid 3 = " Matahari " 
Murid 4 = " Bintang-bintang " 
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama". 

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?" 
Murid 1 = " Gunung " 
Murid 2 = " Matahari " 
Murid 3 = " Bumi " 
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka." 

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? " 
Murid 1 = " Baja " 
Murid 2 = " Besi " 
Murid 3 = " Gajah " 
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah." 

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?" 
Murid 1 = " Kapas" 
Murid 2 = " Angin " 
Murid 3 = " Debu " 
Murid 4 = " Daun-daun" 
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat " 

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? " 
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang " 
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Sekadar perkongsian buat teman seperjuangan...

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntuhkan iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat pejuang agama
Menjadi penunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kederhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan hanya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya menjadi permaisuri istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati membahagi kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pembimbing
Menjaring teladan para anbiya pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan harta negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoan
Tetapi dalam mencari ilmu
Menyala obor mewangi setinggi profesi

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi fitnah
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Dibalik tirai jiwa
Menggenggam rindu kekasih pasrah di atas sajadah
Mengharap keredhaan kehidupan dunia akhirat.

Friday, July 15, 2011

Politik menurut Islam


Politik menurut Islam

Imam al-Ghazali menulis dalam kitab Ihya' Ulumuddin:

Politik ataupun siasah dalam mengislahkan makhluk Allah S.W.T dan memberi petunjuk kepada mereka ke jalan yang lurus yang menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat terdiri daripada 4 martabat”.

Martabat Pertama
Iaitu martabat tertinggi yang bermaksud siasah para Nabi dan hukum mereka ke atas golongan khas dan awam zahir dan batin.Dan merekalah para Nabi ahli siasah yang paling unggul.

Martabat Kedua
Siasah para Khalifah raja dan sultan dan hukum mereka ke atas golongan khas dan awam tetapi dalam hukum zahir sahaja bukannya batin.

Martabat ketiga
Siasah Ulama' BILLAH yang merupakan pewaris Nabi.(Ulama Tasawuf yang menghimpunkan antara hakikat dan syariat.Hukum mereka ke atas batin golongan khas sahaja kerana golongan awam tidak mampu untuk mengambil faedah daripada mereka.

Martabat Keempat
Siasah Fuqaha' dan hukum mereka ke atas batin golongan awam. Siasah yang paling mulia selepas nubuwwah ialah menyebarkan limu yang bermanfaat dan memperelokkan jiwa manusia daripada akhlak mazmumah yang membinasakan dan memberi petunjuk kepada manusia untuk berakhlak mahmudah yang akan membahagiakan mereka di akhirat kelak.

Rasulullah S.A.W serta para sahabat telah membuktikan urus kuasa mengikut syariat Islam cara terbaik tadbir Negara.
ETIKA politik dalam Islam adalah sesuatu yang penting dalam membentuk pemerintahan dan negara kerana politik dipandang sebagai sebahagian daripada ibadah, maka perlu dilaksanakan berdasar prinsip ibadah.
Contohnya, dalam berpolitik mesti diniatkan kerana Allah S.w.t dan oleh itu tidak boleh melanggar perintah dalam beribadah kerana pelanggaran terhadap prinsip ibadah boleh merosak kesucian politik.
Etika politik dipandang sangat perlu kerana berkait dengan prinsip Islam dalam mentadbir masyarakat dan negara. Politik sering mempunyai hubungan antara manusia, misalnya saling menghormati, menghargai hak orang lain dan tidak memaksa orang lain menerima pendapat sendiri.
Apabila hubungan masyarakat dan penyelenggaraan negara tidak sesuai dengan ajaran Islam, maka yang akan muncul adalah kekacauan, tidak aman, anarki dan perkara yang menjadi kecaman masyarakat.
Walaupun memilih pemimpin adalah hak setiap individu atau warga negara namun, Islam sebagai agama rahmat bagi seluruh alam sangat mementingkan suatu kepemimpinan yang berkesan dalam sebuah negara.
Bahkan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, timbul persoalan politik berkaitan penggantian kepemimpinan. Mekanisme pemilihan pemimpin memang tidak ada pada zaman Rasulullah SAW. Nabi SAW tidak memberikan pedoman khusus atau model kepemimpinan bagi umat Islam.
Selama beberapa tahun selepas meninggalnya Rasulullah SAW, umat Islam mengalami beberapa model kepemimpinan, antara lain bercorak khalifah dan dinasti.
Sekarang kekuatan politik semakin berkembang dan muncul bentuk negara seperti republik, aristokrasi dan kerajaan. Kekuatan politik itu didorong semangat teologi Islam yang menyebutkan:
Wahai orang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya dan ulil amri (yang berkuasa) di antara kamu.” (Surah an-Nisa’, ayat 59)
Realiti politik dan ada semangat teologi Islam mendorong ahli falsafah serta etika politik Islam untuk membuat peraturan pemilihan seorang pemimpin pemerintahan yang membina negara ideal dalam beberapa karya.
Al-Farabi dalam al-Madinah al-Fadhilah, Ibnu Maskawih dalam Tahzib al-Akhlak dan al-Mawardi dalam al-Ahkam al-Sultaniyah. Keadaan ini bermakna pemikir Islam menyedari betapa Islam memperhati dalam menciptakan dan mengembangkan negara sempurna.
Untuk merealisasikan tuntutan itu, umat Islam dihadapkan dengan beberapa pilihan sistem politik antara lain demokrasi. Ia adalah antara mekanisme memilih pemimpin dan diandaikan sebagai mekanisme unggul dan telus untuk memajukan bangsa serta negara pada masa depan.
Di samping itu, wujud pula politik jahiliah yang tidak menghiraukan kebenaran. Kebodohan dalam berpolitik sering terjadi misalnya dengan sogokan dan rasuah politik yang melanggar sistem demokrasi.
Tokoh-tokoh politik akan dipecat jika tidak sependapat dengannya, atau tidak bermusyawarah dengan baik antara mereka sedangkan Islam mengajar sebaliknya. Fenomena itu wujud kerana manusia memiliki nafsu mementingkan diri apatah lagi politik berhubung kait dengan kuasa.
Justeru, sesuai dengan prinsip Islam, sebaiknya umat Islam sentiasa nasihat-menasihati dan menyedarkan sesama sendiri agar demokrasi dapat diamal serta diteruskan dengan baik dan lancar.
Pada masa awal Islam, kita melihat ada kelompok Muhajirin dan Ansar yang bertentangan dalam pemilihan pemimpin selepas Rasulullah S.A.W wafat. Kewujudan mereka wajar dilihat sebagai satu hikmah.
Dalam keadaan itu, yang penting ialah bersikap bijaksana, toleransi dan tidak memandang parti atau golongan sendiri sebagai paling baik, benar dan telus, demi menjamin keutuhan rakyat dan negara keseluruhannya.
Ajaran Islam secara tegas menyatakan kepemimpinan adalah kesinambungan yang tidak boleh diabaikan dalam pembangunan masyarakat, bangsa dan negara. Al-Quran banyak memberikan gambaran hubungan positif antara pemimpin yang baik dengan kesejahteraan masyarakat.
Keadaan ini dapat dilihat daripada Nabi Yusuf yang terkenal sebagai seorang dipercayai untuk memegang amanah mentadbir kewangan dan perekonomian negara.
Nabi Yusuf dengan bermodalkan kejujuran dan kecerdasannya berjaya menyelamatkan Mesir daripada krisis makanan dan ekonomi berpanjangan.
Demikian pula dengan kepemimpinan Rasulullah SAW yang mampu menciptakan revolusi peradaban, adalah kepemimpinan teladan yang tiada tolak bandingnya dalam sejarah tamadun umat manusia.
Begitu pula kepemimpinan sahabat Baginda dan khalifah selepasnya dengan baik dapat membawa perubahan masyarakat dan negara yang padu dan mantap.
Prinsip kepemimpinan Islam yang memberi tumpuan kepada pembinaan negara yang maju, aman serta berteraskan kepada kejujuran dan keikhlasan wajar diwarisi serta diterjemahkan dalam dunia politik hari ini supaya kepemimpinan berjalan mengikut syariat.Top of Form